Makan
Makan 1
Minum pagi atau minum petang yang ringkas sudah biasa sangat dihidangkan dengan kuih muih seperti pisang goreng, keledek goreng, karipap atau apam. Nak jadikan hidangan tersebut lebih luar biasa mudah je. Hidangkan sambal hitam bersama hidangan tersebut sebagai pencecah dan rasakan keenakan baru pisang goreng atau keledek goreng dalam setiap kunyahan.
|
Makan 2
Makan tengah hari atau makan malam dengan bihun sup? Memang sedap! Namun kebanyakan kita sukakan bihun sup yang ada rasa pedas. Biasanya kita akan tambah sambal kicap atau kicap lada atau jeruk lada dalam bihun sup. Namun jika anda nak yang lebih luar biasa, gantikan kicap lada atau jeruk lada atau sambal kicap dengan menambahkan sedikit sambal hitam ke dalam bihun sup mengikut tahap kepedasan yang diinginkan. Dan nikmatilah bihun sup dengan kelazatan sambal hitam yang penuh menyelerakan.
|
Makan 3
Makan tengah hari atau makan malam, makan berat atau makan ringan-ringan, pasti bertambah enak apabila ditambah sambal hitam sebagai pelengkap juadah. Menu paling mudah letak saja sambal hitam atas roti gardenia dan makan begitu sahaja seperti sandwich. Bagi kawan-kawan bujang terutama pelajar kolej yang tiada masa untuk masak sudah tentu mi segera menjadi pilihan dan sememangnya bila ditambah sambal hitam dalam mi segera tersebut, pasti merasai satu pengalaman baru sewaktu makan mi segera.
|
Copyright © Sambal Hitam Lazat, 2014-2024. Owned by: Lazatna Enterprise (CT0046492-W). Website by: budakpro.webs.com Admin Login